Permainan Atas Talian (E-Learning) Dan Microsoft Office PowerPoint

29 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Februari 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas permainan atas talian iaitu Kahoot ICT dan Microsoft Office PowerPoint dalam menghasilkan animasi permainan cyber Patrol. Seramai 10 orang peserta menyertai kelas ini di dalam bilik latihan PI PPR Seduan.

Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang para peserta dalam belajar sambil bermain dalam mengenali asas komputer, asas Microsoft Office dan Advokasi. Permainan ini bertujuan menguji kefahaman para peserta dalam menjawab soalan dan menyelesaikan misi di permainan Cyber Patrol. Kelas ini berlangsung selama 4 jam merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali